Wakaf Anak-Anak
WAKAF PEMBELIAN VAN & SARA HIDUP
Assalamualaikum saudara saudari yang dimuliakan Allah swt. terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama Kak Cha untuk Pertubuhan kebajikan yang Kak Cha usahakan ini. Dibawah ni kak Cha sertakan sijil kelulusan bagi Pertubuhan yang Kak Cha usahakan ini

Kini penghuni semakin ramai, membuatkan kak Cha sangat sangat perlukan kenderaan bagi menghantar dan mengambil anak anak ini ke sekolah.
“Bersegeralah bersedekah, bala bencana tidak pernah mampu mendahului sedekah.
Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah.
Ubatilah penyakitmu dengan sedekah. Sedekah itu sesuatu yang ajaib.".
- Riwayat al-Baihaqi & al-Tabarani
Kakcha dengan rendah hati memohon bantuan wakaf bagi pembelian 1 unit van lagi untuk kegunaan Anak-anak An-Naafi, sementara ini kami cuma ada 1 unit van dan agak padat untuk memuat kan mereka semua. Semakin tahun mereka semakin membesar dan akan ada penambahan anak-anak. Bagi keselesaan anak-anak dan menjaga van sedia ada kakcha bercadang untuk membeli sebuah Bus Mini terpakai dengan Program Wakaf ini.
1 unit RM 100 × 600 Unit
= RM 60,000

--------------------------------------------------------------------------
BANTUAN SARA HIDUP ANAK-ANAK AN-NAAFI
Seramai 23 orang anak berumur 7 – 18 tahun Berlindung di bawah Pertubuhan ini dan mereka ini penghuni tetap Asrama Rumah kebajikan Anak Yatim & Asnaf An-Naafi. Kebanyakan dari mereka ini datang dari perbagai latar belakang yang berbeza dan sukar untuk di luah kan dengan kata-kata. Rata yang menjadi penghuni tetap kami mereka ini tidak di sekolah kan hampir 2 tahun , ada yang terbuang ada yang fakir miskin dan bermacam-macam lagi.

Setiap bulan, kami perlu mencari dana bagi menampung belanja kos sara diri anak-anak yang semakin membesar.
Seorang anak membelanjakan RM 20 Setiap hari :-
-Makan 4 kali sehari
-Keperluan kebersihan diri
-wang saku sekolah Rm 5
RM 20 X 23 orang anak= RM 460 X 30 hari = RM 13,800.00
Ini tidak termasuk dengan kos-kos operasi lain seperti :-
- Sewa rumah = RM 2,200
- Bil api = RM 700
- Bil air = RM 300
- Bill unifi =Rm 180
- Minyak Van dan maintanance Rm 900
- klas Tuisyen Rm 1,100
= RM 5,380.00
Setiap bulan hampir RM 19,000.00 Kos yang diperlukan bagi kami terus bertahan untuk membela nasib anak-anak ini.

Dermawan yang mulia, kami dengan rendah hatinya memohon sumbangan Ikhlas buat anak-anak ini bagi membantu kami meneruskan operasi bagi membela nasib mereka. Kakcha berharap sudi hendaknya anda membantu kakcha memanjang-manjang kan info ini moga ada Insan-insan mulia hadir membantu
Sumbangan wakaf boleh di salur kan ke :
AMBANK
8881-0332-47214
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF AN-NAAFI KUALA LUMPUR
#WAKAFBUS
No Tel : 016 - 359 0869 (Pn.Aishah)
Lokasi : https://maps.app.goo.gl/mNRQxPwK5zoDzi4m9
“Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.” (Riwayat Muslim)